Monday, August 1, 2011

Puasa itu ibarat Cinta..menguatkan,bukan melemahkan!

Ramadan Kareem,Allahu Akram!
Selamat menjalani Ibadah Puasa semua dan selamat berterawih!
:)

Semalam bile nak dekat maghrib tu,rase angin sepoi-sepoi..rase macam nyaman aje.Rasa macam syahdu gitu.Sedangkan langit dan bumi pun tak sabar nak terima kedatangan Syahr Mubarak ini!!^^ kita pula bagaimana?Hari pertama terawih~~ :') Terima Kasih Allah!

Rasa macam sedih pulak tak dapat saum dan ibadah di bumi kinanah.Rasa macam satu kesepian pula.Rindu dars syeikh nuruddin~kat sini,kene pandai carik sendiri :) 'Ala kulli hal,laa ni kat masjid solat dah tak satu juzuklagi.Mungkin nak rukhsoh kan jemaah kot,nak rase lgi nikmatnya beribadah especially Terawih.Papepun,moga istiqamah!

Moga Ramadan sebelum,selepas dan ketika Ramadan,ibadah kita tetap sama.Tak nak jadi Hamba Ramadan,tapi Hamba ALLAH ok?Ramadan ni satu practice buat kita semua..untuk taqarrub dekatkan diri padaNya.
Kalau bagi yang 'free' untuk kaum hawa.Cubalah kita
-Tolong hidangkan hidangan berbuka
-Tolong buat kerja rumah(kurang sikit mereka yang berpuasa)
-Banyakkan berzikr
-Banyakkan mendengar ceramah
-Banyakkan membaca
-paling best..banyakkan Istighfar!

Untuk kita ubah diri kita,bittadrij lah kate ustz,step by step,mula-mula
-Jaga Iman jaga Hati jaga Nafsu
-Pelihara Hubungan kita sesama manusia,especially keluarga kita:)time puasa ni banyak luangkan masa dengan family kan?
-Taat dan patuh dengan Ibu bapa
-Mulakan solat qobliyah dan ba'diyah.
*nak dapat kasih sayang Allah,kene rajin buat yang sunnat ok?*
-Banyakkan baca Al Qur'an.
*Jangan aim untuk khatam,tapi aim untuk baca walau SENASKHAH!*
-Memperbanyakkan Istighfar,bertasbih dan tahmid.Banyakkan Zikr pada ALLAH.
*duduk tu,kita rajinkan diri zikr atau selawat atas Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam.Mase tengah masak nasi ke,tengah sapu rumah ke,tengah tunggu bus,MRT,tunggu lecturer,rajinkan zikr.Kita istiqamahkan diri,insyaAllah lepas Ramadhan dah biasa :)*
-Cuba untuk lakukan satu amalan itu dengan Istiqamah 



Mungkin susah..kita takut,takut bila Ramadhan aje kita KUAT,ibadah KUAT,zikr KUAT.Takut nanti lepas Ramadhan aje kita LEMBIK..semua LEMBIK.Kita mohon pada ALLAH,moga semua yang kita buat keranaNYA.Sungguh,Rahmat Allah itu LUAS.Lagi time puasa ni,MasyaAllah,PengampunanNya MAHA BESAR!

Jadi apalagi..pastinya semua itu adalah nasihat buat diri sendiri juga dan yang lain.Semoga bermanfaat.Kita mulakan Ramadan ini untuk dekatkan diri pada Allah.Kalau asyik fikir masih muda aje,orang muda tak mati ke?Kita tak tahu ajal kita bila.MOga husnulkhatimah pengkahiran kita.AMiin Ya Rabbal 'Alamin.
fikirkanlah~~~
Sekian,Selamat beriBaDaH semua~ :)

No comments: