Saturday, May 28, 2011

extra energy


Musim panas sudah mulai menjengah di tirai kamar.Memang terasa hangat dan bahangnya sejak sejak ini.Bila panas sangat,rasa tak larat.Bila sejuk sangat pun rasa tak larat.SubhanaAllah lemah betul kte kan.Bila panas tu rasa macam asyik nak marah lah nak mengamuk lah.Memang panas kali die ade lain macam sedikit.MasyaAllah panas dia.Kalau bukak kipas pun,angin pun terasa hangatnya.Memang bersyukur sangatlah kat Singapore panas nya masih boleh tahan:)Alhamdulillah..



Sahabat atas nama Keimanan itu,lain.Memang amat lain.Namanya juga keimanan,tentulah lain kan.Saling menyayangi kerana Allah,menegur kerana Allah,mencintai pun kerana Allah.Bila senyum pun kerana Allah.beza bila sahabat kita itu yang kita cinta Kerana Allah.Nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu :) Sebab itu pentingnya memilih sahabat.Mungkin kita belum jumpa lagi sahabat itu.Tapi moga setiap teman yang kita kenal itu kita cintai dia kerana Allah..sekurang-kurangnya apa sahaja kekurangannya itu kita redhai,dan kelebihannya,kita syukuri :) Memang sukar mencari sahabat yang sehati dan sejiwa dengan kita,tapi tak salah kalau kita cintai setiap orang yang kita kenal kerana Allah.bezabila sesuatu yang kita lakukan kerana Allah..well,it turns out great :)InsyaAllah,definitely.I promise :)

Kadangkala..kita rasa sepi.kita rasa sorang lagi best kan?Bila tengah sedih tu rasa macam semua orang tak faham kita.Rasa macam Allah aje yang faham.Rasa macam hati ni je yang faham diri sendiri.Tapi.kite silap sebenarnya.Ya,kita silap.Kerana apa ya?Mungkin benar lah kot,bila sorang tu rasa lagi best.lagi feeling.Tapi,ketahuilah wahai sahabat,itu adalah salah satu tipu daya syaitan.Membuatkan kita rasa,sorang lagi best.Rasa down,moody..semuanya itu salah satu dari tipu daya syaitan.tak percaya?tengok video nie?Memang lama..tapi masyaAllah!Rasa macam kene ketuk dengan hammer :)




Amacam?Best tak?He who has ALLAH,has EVERYTHING.Rasa nikmat bila Iman kene topup:) takkan ezlink je topup cik kaak,Iman tu paling penting ok.Iman dengan Hati ni macam Jasad dengan Ruuh.Hilang satunya,matilah.Seperti tiada Iman dalam hati kita,Matilah Hati kita itu.ye tak?:)


yaa itu dia,post ni sy banyak senyum.Sebenarnya sahaja je nak sharing..tentang nikmatnya bersahabat atas nama keImanan.yaa kenapa ya?Alhamdulillah..rasa macam nak nangis pula.Sebenarnya nikmat bersahabat yang saling mengingat atas kesabaran dan kebenaran itu juga nikmat dari ALLAH :)

Ok sy lupa.Hakikatnya,berapa jam lagi sy ada imtihan fiqh.wow!best.lagi berapa mauduk belum habis dihafal :)woww best.oklah doakan!Moga apa yang kita belajar kita dapat amalkan!AmiinAmiin!sekali lagi,saya rasa kene ketuk.Ye kenapa?Sebab ustazah nahu saya kata gini,

"wah..awak asyik bebual ammiyah aja ye!Jangan lazimkan.Kita kan belajar bahasa fushah,jadi cuba untuk bebual fushah.Memang,di jalan saya juga bebual ammiyah.Tapi,dalamkelas,bahasa fushah.Jangan sesekali lupa bahasa fushah ok.Sebab bahasa fushah itu bahasa Arab.Bahasa Ibunda.Jangan sesekali lepaskan bahasa fushah.Bahasafushah itu indah.Faham?"


hmm ala ala gitulah kata ustazah.Rasa macam terngantuk terngadah pun ada.Tapi,memang masyaAllah sebab ustazahnie mesriyyat,jadi rasa macam ajeeb lah bila kene tegur.Jadi sekarang ni memang tengah cuba untuk melazimi bahasa fushah.Sebab kalau balik ajar,takkan bahasa ammiyah pula kan?Bahsa fushah bahasa umum,semua orang faham :)

ok last,sy harap awkk dapat bace article ini.Saya rasa macam kene ketok lagi sekal.lebih-lebih lagi musim imtihan ni.



oklah tak nak cakap lagi psl HA.nanti orang kata itulah inilah.HA sendiri tak marah.'ALa kulli hal,doakan semua tengah imtihan.Semoga kita faham apa kita belajar dan menjadi pakar dalam bidang tersebut.Amiin!

No comments: