Wednesday, February 23, 2011

Sandiwara Langit.

Selepas hampir 3 minggu berada di Bumi Singa ini,barulah sempat saya melangkahkan kaki ke sekolah tercinta saya itu.Entahlah..perasaan saya ketika itu kosong.Mungkin kerana 'nervous' sebab takut banyak sangat soalan yang akan dipertanyakan nanti.Walauapappun,saya rasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan hampir kesemua guru-guru yang telah mengajar saya selama saya berada di sini.Alhamdulillah.


Selepas itu,kami ke Tan Tok Seng Hospital menziarahi Ustazah Hamiyah,isteri kepada Mudir tercinta.ya,ustazah..kelihatannya sedang cuba membina kekuatan diri.Dan,kata-katanya membuatkan saya hampir rebah!Saya kuatkan diri.Benar katanya,tua atau muda..bila-bila sahaja Dia nak ambil,Dia ambil.Milik DIA.Bukan milik KITA.Katanya,Dunia semakin Kiamat!Allah..benar ustazah.Melihat matanya yang hampir kuyu,badannya lemah lesu,wajahnya tampak cuba untuk kuatkan diri.Acapkali dia berikan kata-kata perangsang serta motivasi supaya kita kuatkan diri dengan mehnah Ilahi.Semuanya hanya ujian Ilahi..berSaabaar dan Tenanglah menghadapinya!



Melihatnya..menyadarkan saya.Ya,Dunia semakin Tua.Saya,jujurnya,penat melihat Dunia.Bukan apa,melihat Dunia begitu Moden,terasa rimas..rimas!SubhanaAllah.'Ala kulli haal,Alhamdullillah 'ala kulli haal.ALLAH lebih Tahu.Rasa penat kerana 'diri sudah terlalu manja sejak azali'.Hmm mungkin..masing-masing punyai pendapat sendiri.Sebab itulah susah sikit dah mulai mengeluh.Inilah manusia zaman kini.Sudah terngantuk,baru nak terngadah.Asyik fikir senang 25jam tanpa henti.Biarlah



Sebaik sahaja saya keluar dari ward ustazah,titisan airmata mulai berguguran satu per satu.Saya rasa begitu sedih tatkala memeluk tubuhnya yang semakin kurus itu.Keranya,saya mulai jatuh cinta dengan Nahu.Dan kerana juga,saya menyayangi Nahu segenap jiwa saya.Saya amat cintakan Nahu kerana garangnya,kerana sifatnya yang begitu prihatin.Dan tatkala melihat wajahnya sebegitu,saya tak mampu..dan airmata pun jatuh satu per satu.Saya cuba menahannya,tapi nampaknya semakin deraslah ia mengalir.Syafakillah ustazah..doakan ya!InsyaAllah katanya..



Selepas itu,ziarah pula ke rumah Mudir terCinta.SubhanaAllah..Mudir pun begitu juga.Begitulah kita kan?Apabila tanggungjawab semakin besar,semakin tak boleh duduk diam.SubhanaAllah MasyaAllah Mudir.Semoga Allah memberkati setiap perjalananmu dan setiap langkah kakimu, Mudir!
Bagi mereka yang belum ziarah..ambillah masa,tak banyak,sikit pun jadilah.Percayalah,hati siapa tak runtun melihat dua orang pasangan ini.Tanpa mereka,sudah tentu tiada Wak Tanjong Al-Islamiah di Bumi Singa ini.Moga Allah sentiasa berikan mereka ketabahan dan kesabaran kepada mereka dan asatizah seluruhnya!AMiin Allahumma Amiin!


******************************
Manusia memang berbeza kan?Kadang itu,kita tak kenal pun dia.Berbual pun jarang cuma.Tapi,tahu-tahu aja,kita di'pulau'kannya.Biarlah.Redha Ilahi yang kita wajib cari,sunnah Rasul pula jangan lupa kita turuti.Saya lebih suka duduk berdiam diri.Selamat Malam semua!





..Kata ustazah,"Langit dan Bumi ini takde siapa yang boleh jaga,kecuali DIA!"

No comments: