Wednesday, January 5, 2011

Terima Kasih Allah!

Alhamdulillah.Selama hampir setahun setengah kami menunggu.Akhirnya,semalam,4 Januari 2011 bermulalah Imtihan Qabul kami untuk masuk ke Maahad.Penantian yang InsyaAllah ada ganjarannya.


Setibanya di Maahad,hati saya berdebar-debar.Saya rasa macam nak pengsan.Rasa takut sangat.Imtihan bermula pada pukul 8.30 pagi.Jadi,saya dan teman saya keluar pukul 7.40pagi.Alhamdulillah bus sampai dengan cepat.Dan kami sampai dalam 8.10pagi.Saya rasa 'excited' dan dalam masa yang sama 'nervous' yang teramat sangat!Bezanya apabila di sekolah,saya dapat melihat wajah teman-teman saya yang sedang 'nervous' untuk ambil imtihan.Itu,sudah cukup buat saya.Sebab,melihat wajah orang-orang yang kamu sayang,memberi semangat yang luar biasa bagi Hati.Jadi,di sini,saya ada jiran saya,yang sering berikan sokongan dan dorongan buat saya juga teman-teman.



Pagi itu suasananya agak bising.'Busy road eh nari'kata saya.Hm seperti Hati dan Otak saya ketika itu.Kerana 'busy' dengan hafalan ayat suci Al-Qur'an serta maddah maddah yang telah saya murajaah buat imtihan qobul ini.Merasai Alam ke dalam diri,menghirup udara nafas pagi,MasyaAllah.Indah sungguh ciptaan Ilahi! :)

Jadi,sebelum menunggu bus,dengan cepat,saya mesej Ibu Abah saya,Pakcik saya dan juga teman-teman yang berada di Singapura.Tak lupa juga ahli beit dan jiran saya,serta teman-teman yang setia di hati ini.Cukup dengan kata-kata'InsyaAllah kher..','InsyaAllah pass with flying colors',dan berbagai-bagai kekata semangat,dan yang paling penting sekali,doa dari Ibu dan Abah.Saya sudah dapat doa dua insan mulia ini.Jadi,insyaAllah,dengan usaha serta doa dan tawakkal saya pada Allah,saya mesti buat yang terbaik..untuk Ibu dan Abah juga..



Sejurus sampai ke Maahad,kami bertanyakan akan bilik Imtihan.Jadi,tempat kami di Bilik 5.Alhamdulillah kami yang terAwal :) Jadi tak begitu kelam kabut keadaan.Releks dulu,dan sempat juga bergambar.Untuk relekskan fikiran dan Hati.Surah Insyirah saya sebut 7 kali sebagai penenang Hati.Allah Allah~

Beberapa minit kemudian,tiba 2 orang mumtahin.Mereka duduk di kerusi guru.Hati saya semakin berdebar.Lalu dia panggil'Taal!'Mari'!Lalu teman saya pun dengan semangatnya,orang yang pertama untuk di'test'.Soalannya masyaAllah bagi saya senang kerana mereka tanyakan soalan seperti



Berapa lama kau di sini?Dengan siapa?Dah hafal berapa juzuk?Kamu belajar maddah fiqh tak?I'rab ada ditanya sedikit.Dan juga disuruh membaca text untuk lihat gaya pembacaan kita.





Alhamdulillah,MasyaAllah..pertanyaannya MasyaAllah Alhamdulillah..kher insyaAllah.Tidak henti-henti saya bersyukur padaNya atas rahmatNya.Terima Kasih Allah.Alhamdulillah..saya cuma mampu berdoa..agar keputusan mereka sama seperti yang mereka sebutkan di hadapan saya tadi.



Saya lepaskan keresahan saya dengan bertahmid KepadaNYA.Alhamdulillah 'ala hazihi Ni'mah ya Rabb!.InsyaAllah,natijah Khamis depan.Jadi,harap doa dari semua juga.Apapun jua keputusanNya,saya redha..kerna apapun jua,itulah yang terbaik dariNya.

No comments: