Friday, January 7, 2011

Jadikan PenatMU kerana ALLAH!


'Penatnya..rasa macam tak larat badan nie.'Sakitnye badan rasa cam tak larat nak bangun.'
Penatnya Ya Allah...
Rata-rata itulah keluhan bagi seorang pelajar yang sedang dalam 'demam peperiksaan' nie kan?hm betul kah awak semua memang penat..tapi,kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas,mesti tak penat kan?
Penat murajaah?Penat membaca?Penat menghafal?Ataupun disebabkan musim sejuk.Jadi,bila tengah murajaah tu,rasa 'penat' tu lain sikit?.


Bagi saya,Penat itu terlalu mahal sebutannya.Terlalu mahal perkataannya.Saya rasa tak layak untuk kata,'Saya Penat!saya rasa Tak Larat!Saya rasa macam nak pengsan!'




Ya,mungkin,saya masih muda.Alhamdulillah 'ala hazihi nikmah.Tapi,bagaimana bagi mereka yang masih muda tapi masih kata penat sebab murajaah pelajaran mereka?Baru umur 13 tahun dah kata penat untuk belajar?Layakkah KITA?


Mungkin anda hairan kenapa saya kata Penat itu terlalu mahal bagi saya?Ya,saya rasa Penat itu seperti Emas.Bukankah apabila kita mengeluh bermakna kita tidak bersyukur dengan Qadaq dan QadarNya?Ya,mungkin apabila kita 'Penat' murajaah,otak buntu.Otak rasa macam nak pecah.Tapi,bukankah itu salah kita sendiri?Sebab kita sendiri yang mem'buntu'kannya?Mungkin kerana Last Minute belajar..mungkin?


Apa yang saya ingin kongsikan ialah,KePenatan kita itu tidaklah sePenatnya Rasulullah Sallahu'Alaihi Wasallam yang berpenat lelah menyebarkan Deenul Islam kerana Kita .Penat kita takdelah seperti Salahuddin Al Ayyubi,pemuda yang berjaya menakluki Konstantinopal(kalau tak silap saya,kalau salah harap betulkan)Penat kita takdelah seperti Imam Bukhari yang merentas padang pasir,demi mencari Sebuah Hadis.


Jadi,PENAT KITA APA SEBENARNYA?
Sekarang,tinggal nak baca buku je.Tinggal nak hafal je.Tinggal nak ambil raqm julus,tulis dekat kertas je.Tak perlu kita nak pergi merentas lautan api,mendaki gunung untuk mencari sebait syair,mencari sebuah hadis.Tak perlulah kita menaiki kuda semata-mata ingin berjumpa dengan syaikh atau syaikhah kita.

Jadi,Penat kita APA SEBENARNYA?
قال الحسن البصري :..القلب الذي يحب الله يحب التعب.
Hassan Al Basri berkata:Hati yang Cintakan Allah itu,Cintakan Penat.

Fikirlah..Layakkah kita keluh,PENAT?Tak Cukup TIDUR?Hakikatnya,Manusia,takkan sesekali rasa PUAS .Kalau nak cukup tidur,boleh sahaja.Tunggulah saat Malaikat Izrail menjemputmu untuk tidur sepuasmu.Biarlah penat sedikit.Apa salahnya..tak mati pun kalau kamu penat kan?Bukankah sesuatu kejayaan itu semuanya bermula dengan rasa penatmu itu sendiri?

Kamu Cintakan Allah bukan?Jadi apa salahnya Penat sedikit!Biar CintaKan Penat!Penat itu sendiri Nikmat!Biarlah kita menjadi orang yang Penat membaca,Penat belajar,Tapi penat bukan kerana penat-malas,tapi Penat kita kerana Cinta kita pada Allah!Itulah Penat sePenat Penatnya!

bestkan Penat?Nikmat kan bila rasa Penat?Rasa macam Allah sedang bicara pada Hati.MasyaAllah..


Mungkin ada yang Penat nya berbeza..lebih-lebih lagi Penat seorang Ibu tatkala siangnya berkerja,malamnya mendidik anak-anak dan paginya pula masak untuk esok hari.SubhanaAllah betapa kuatnya jasmani dan ruuhi seorang yang bergelar Ibu!Saya sering katakan padanya..Biar penat sedikit,sabar sedikit agar tak susah di hari sana.Allah tahu peritmu Allah tahu!biarlah..Allah tahu semuanya!Sabarlah sedikit.InsyaAllah penatmu akan terbalas jua.Mungkin,bukan di dunia,tapi di akhirat sana!.

Yang penting,Mujahadah!AlFadhil Sheikh Rohimmuddin berkata,"Para Wali menjadi Wali bukan kerana Musibah,tapi kerana MUJAHADAH!Katanya juga..'Allah ciptakan Redha kerna dalam Redha itu ada Rehat!'



yang pastinya,coretan saya ini khusus untuk diri saya sendiri dan seterusnya bagi mereka yang membaca blog alfaqir ini.Semuanya ini adalah pendapat dari Hati.


jangan gentar tatkala musibah melanda,jangan takut andai kamu tak bisa berjaya.Yakinlah,bahawa semuanya itu pasti ada HikmahNYA!
:)

No comments: