Thursday, January 27, 2011

pada yang halal cuma

kadangkala minat itu harus diingat
andai minat menyalahi jiwa dan hati
apa lagi agama Ilahi

andai minat mu itu menyeksa jiwa
tunjuklah pada yang halal cuma
kelak dirimu tak kecewa pula

ingat-ingatlah wahai teman di hati
Suruhan Ilahi wajib dipatuhi
walau minatmu mendalam pada bidang yang disalahi
oleh Ilahi



Dahulukan DIA sebelum Hatimu
Dahulukan DIA sebelum Jiwamu
dikau hidup kerana nafas yang diberikan olehNya
tanpaNya,siapalah diriMU?



Jangan kau berlagak sombong berkata milikmu
walhal di atas Bumi ini adalah milik Ilahi


Ingatlah teman,ingatlah sayang
dahulukan Allah sebelum apa-apa yang terjadi

ingatlah sayang,susah biar di dunia
asal jangan susah di akhirat sana
kita hidup sebentar cuma
biar penat biar lelah
biar sesak biar terus berjuang
biar dipandang hina
asal dirimu dipandang tinggi di sisiNya



tolong ingat tolong sangat
hati ini luluh melihat dirimu begitu
tolong sangat tolonglah ingat
tolong jangan biarkan hati ini hancur lagi 
dengan sikapmu


..kerna kau adalah Saudara SeIslamKu.

No comments: