Monday, January 16, 2012

tarbiyah!

Sudah lama rasanya jari ini tidak menari-nari di atas papan tanda ini.Sudah berbulan rasanya saya tinggalkan dunia blogging..ya?mungkin.

Tak sangka kejam celik dah January 2012!hey sekejap masa...masa sungguh kejap berjalan.Bila sekolah,memang amat terasa sekejapnya.Tiap kali mauduk baru diajar,tiap kali tarikh ditulis,eh hari ini dah 22 safar?ke 23?eh hari ni dah 15 January?Baru haritu keco kat FB tentang Ustz Azhar Idrus buat countdown...~~

So how's life?dunia wa ma fiha.Dunia yang fanaa,yang akan ditinggalkan sekejap lagi?Ya biasa.begitu dan masih begitu.Ada naik ada turunnya..ada sabar ada senyumnya.Ada pahit,ada telannya.Begitulah hidup.Saya ingin kongsikan sesuatu..sesuatu yang saya rasa amat terkesan dalam hidup saya.

Sekarang ini saya sibuk sangat-sangat.Rasa sehari itu macam tak cukup.Pagi maahad,tengahari kadang itu tahfiz,petangnya pula markaz lughah.Jadi rasa macam superlady kejap.Tapi best!best bila satu hari sibuk.Saya rasa masa saya terisi...dan sebab itu sekarang ini kene pandai susun jadual hayat.

K ni bukan tajuk utama nak cite.Yang penting,saya ada kawan yang sama mcm saya.Pagi maahad,petang markaz,and kebetulan sama kelas!Dia Thani Thanawi MasyaAllah,Somalia budaknya,nur disebalik penatnya.Saya tengok,dia lain dari yang lain..fasihnya seperti fasih orang mukmin berkata-kata.Walhal umurnya baru 19.(samalah kita).Jadi saya tanya..awak penat tak?ish mestilah.jadi dia gi cite yang de selalu tidur pukul 11 malam,bangun pukul 1 pagi solat tahajjud lepastu bace Al Qur'an.Bila dengar,saya kagum.saya kata camana awk istiqamahkan ye?Katanya dah biasa,dari kecil.Dari situ,tarbiyah aulad saya take note.Katanya ayahnya dah biasakan..Solat dhuha and Solat Tahajjud dia memang wajibkan atas dirinya.Kerana ini didikan ayahnya!Setiap kali ayahnya akan call tanya dah solat tahajud belum?Katanya kalau dia tertinggal dia akan lupe sesuatu!MasyaAllah MasyaAllah.Katanya..baru tiga hari tertinggal dhuha,hp hilang di syari'!SubhanaAllah...................................tapi at last dapat jumpe oleh orang yang sgt baik hati yang pulangkan semula.

Solat Ad Dhuha dan Solat Tahajjud.InsyaAllah,perlahan perlahan.MUngkin dah tahun baru ni,kita fikir apa yang patut kita ubah.Saya pernah terbaca artikel Hilal Asyraf..tak ingat tentang apa.Tapi,katanya yang saya sangat2lah ingat,kalau kita nak berubah,kita cuba step by step.Contohnya,selalunya kita selalu solat sunat ba'diyah isyak,tapi solat witr jarang kita buat.KIta rasa kita perlu perbaharui sesuatu.Lalu,kita amalkan solat sunat witr satu rakaat.Bila kita dah biasa dengan witr satu rakaat,kita tambah pulak dua rakaat.Kan tiga tu? :)

Berubah ni..bila kita berubah dari amalan sikit ke amalan yang lagi banyak yang mendekatkan diri kita kepadaNya...rasa..rasa LAIN.Mungkin orang berubah untuk dapat yang terbaik dalam pelajaran,mungkin kita ini takdelah pandai mane..tapi,sekurang-kurangnya kita cuba untuk UBAH diri kita untuk yang LEBIH BAIK.yang DIA MAHU.KIta...sangat mengharap padaNya.Ketahuilah,kita ini fakir,dan yang KAYA itu Hanyalah DIA.


saya fikir memang nak tutup aja blog ini.rasa ma yanfash lah kate ammu.tak bermanfaat maksudnya.tapi,kata seseorang moga ini jadi bukti saya untuk menyampaikan apa yang saya tahu.Moga ini bermanfaat buat semua.Teringat ustaz Hasrizal,Erti hidup pada memBERI!ya,kita beri,beri dan terus beri.yang penting,apa yang sohih dan yang kita tahulah............ok?

saya punyai impian.cita-cita...tinggi..setinggi langit biru.apakah dia?saya ingin jadi..........
hmm belum masanya lagi.Tapi,saya harap,amat berharap dengan harapan yang tinggi,yang hanya Dia tahu,moga Dia perkenankan!Jadi mari semua,kata Amiiin Allahumma Amiin!
perkara ini memang tak mustahil.tapi ini memang cita-cita saya :)

post ini merangkumi sebulan,dua bulan...yang akan datang,kot.mari kita kuatkan diri,bangkitkan iman yang semakin lemah ini!Apa beza kita dengan haiwan?Bezanya,mereka punyai nafsu,tapi tak punyai akal,tapi KITA,punyai nafsu DAN punyai akal.Jadi maknanya?Kalau kita selalu ikut nafsu..maknanya...bezakah kita dengan mereka?


~~pembangkit semangat yang semakin lemau~~

before that,


Terima Kasih Allah kerana hadirkan Dr MAZA dalam alam fanaa ini.

No comments: