Monday, December 19, 2011

hurt me with the truth.

Permata kami telah pergi buat selama-lamanya.Hati sayu,jiwa sepi dan sendu.Mesir menangis..seluruh seisinya menangis kerana bintang kami telah pun pergi menyahut seruan ilahi.

Ya,saya tidak pernah jumpa pun syeikh ini,tidak pernah sekali pun temui beliau.Allahyarhamhu mengajar kitab Mughni Llabib,kitab anNahu.Ketika itu,saya dengan semangatnya membeli kitab syeikh kerna ingin mendalami ilmu nahu ini..tapi sampai sekarang,tika ini,tak sempat untuk talaqqi bersamanya hinggalah beliau pergi bersama mutiara ilmu mendampinginya.
Pilu saya tak sama dengan mereka yang sudah bertalaqqi berpuluhan kitab bersama para masyaikh.Mesir ini pelik..Mesir ini 'ajeeb.Kerana apa?kerana bintang bintang agama yang menyinari bumi anbiya' ini.Bumi penuh misteri..penuh kesabaran..penuh kematangan.

Mendapat berita bahawa syeikh pergi..apatah lagi di saat beliau syahid,sungguh meruntunkan hati ini.Gamie' Azhar bergegaran..kerana bintang ini,syahid ini!Pergi nya beliau meninggalkan kesan berjuta hati......
Semoga ruhnya dikalangan para syuhada' wa solihin.Amin Allahumma Amiin!.


Allahyarham syeikhuna syeikh Emad 'Affat

Kekata jiran saya seprti kene ketuk hammer!"Awak..lepas ni kita rasa nak pergi talaqqi lah.takut tk sempat nk talaqqi dgn syeikh2."Saya kata,'awk nak pergi semua ke?I mean boleh ke?',"Hmm tklah,mana yang sempat,insyaAllah yg penting istiqamah..."
dalam kitab Alhikam 'Athoiyyah,'Istiqamah itu lebih besar dari Karamah'.

Maksudnya,betapa besarnya NILAI Istiqamah itu dibandingkan dengan Karamah.
sekali lagi..saya rasa,inilah wasilah yang ALLAH ingin berikan pada kita semua..ya,kita semua.Satu syeikh dah pergi,masih malas nak talaqqi kitab lagi?
ya semua ini perlukan kekuatan,masa,yang penting istiqamaH!
Allah yusahhil kullu~.



saya tak pandai ketawa kalau hati saya tak ikut 'ketawa'.saya tak pandai senyum andai hati saya tak mampu untuk 'senyum'.
Tapi,saya ketawa juga..tersenyum juga untuk semua.ya,untuk semua :)

Waktu itu bersembang bersama seorang teman..sedang berbual tentang pemergian syeikh..katanya,kita ini tak tahulah macamana.Akhiran kita ini macamana..
ya saya juga terfikir itu.Selepas ini,saya akan tinggal semua,tinggalkan segala-galanya.Keluarga,teman-teman,anak-anak,cucu cicit..semuanya akan saya tinggalkan.Hatta,blog ini juga akan sepi bila saya pergi nanti.saya masih lagi tertanya...akhiran saya untuk mencapai tahap kesempurnaan yang sebenar-benarnya..

Semoga pengakhiran kita menyebut La Ilaha Illa Allah,MUhammad Rasulluah.
Allah kabulkan permintaan kami.AMiin Amiin Allahumma Amiin.

jangan tanya intinya,tapi faham isinya.
sekian.

No comments: