Wednesday, November 23, 2011

Bangkit duhai Hati!

Pernah tak suatu ketika itu rasa seperti semangat itu turun 360 darjah?Pernah tak rasa macam malassssss sangat sangat.Rasa macam kalau boleh taknak buat apa-apa.Rasa duduk rumah lagi best.Rasa tak nak belajar,murajaah taknak,pergi dars tak nak..pernah ke?

Ya..mungkin bagi SAYA,kita dan MEREKA yang belajar luar negara pastikan merasainya.Tak 90% mungkin 40%..apakah ini?Inilah dinamakan Futur.Futur tu apa sebenarnya?Istilah saya,rasa down sangat-sangat,malas yang sangat teramat sangat.Sebenarnya,perasaan ini biasa,lumrah aje..yeap.sebab apa?Kadang mungkin kita tak tahu hadaf kita di dunia.Sebab itu kita rasa bosan sahaja.Bosan dengan kehidupan,bosan dengan makanan,hatta dengan diri sendiri pun bosan.

Jadi,tips yang saya nak bagi ialah,Firsttttttt sekali is!
1)Paksa HATI untuk buat perkara baik contoh macam belajar ke baca buku ke.Bittadrij k step by step.yup untuk naikkan semangat yang semakin menurun.Kalau kita tak paksa diri kita,siapa lagi kan?
2)Mohon pada ALLAH kuatkan Iman kuatkan HATI.
3)Kuatkan jiwa kuatkan semangat.Jangan terus baca sampai puluhan buku nanti semangat tu terus hilang.

so basically semua ni sama ajelah kalau nak ditengokkan kembali.Ye sebagai hamba,sebagai tholibul 'ilm kita memang kene kuat.Mungkin kita bukan macam syeikh terdahulu menghafal beribu hadis,tapi sekurang-kurangnya,dengan usaha kita ini insyaAllah Allah bantu kita.Yang dilihat usaha,bukan natijah!So please keep that in mind.Malahan dunia sekarang pusing atas tengok bawah semuanya nampak yang bukan-bukan.Walhal Ilmu itu hanya mampu dinikmati bagi mereka yang tidak membuat maksiat,kata Imam Syafie'.Tepuk dada kita,tanya Iman kita.

Kita..memang lemah.sangatlah fakir.Tapi,kita ada Allah kan?kita ada Allah.Please jangan lupa itu.Yakin dengan Dia,yakin dengan Qadaq dan QadarNya ok?Kita usaha,usaha,dan teruuuuuuuuuuuuskan berusaha!Ingat Allah lihat usaha kita,bukan natijah.Cuba untuk perbaharui niat kita kerana Dia.Sebab Hati ini kerap terbalik,sebaab itu mohon moga ditetapkan Iman dalam Qalb ok ?


Post ini,untuk saya.Saya  yang sedang 'turun' sedikit semangatnya.Alhamdulillah,post 'Ijtahidii' membangkitkan semangat saya untuk TERUS MEMBACA.Nampaknya memang blogging ni banyak kesan positif lah seh.-_-


'Ala kulli hal,ingat duhai hati,Kekuatan itu harus DIBINA,BUKAN DITUNGGU!Paksakan Hati paksakan DIRI!Kuat kuat KUAT!

Mesir..semakin lama semakin freezing.rasa dalam esbok puler.ok semue jaga diri jaga iman jaga pemakanan(tu untuk saya).

Fi ri'ayatillah.


No comments: