Sunday, May 8, 2011

ingin bersama ke syurga..


Saat ini,saya sedang membaca buku Sinergi;Keimanan adalah Paksi yang ditulis oleh Hilal Asyraf :)
Terus terang,inilah dia buku yang untuk pertama kalinya saya baca,saya rasa feel dia betul betul!hmm kenapa?Kerana..buku ini menceritakan tentang dua orang sahabat,yang bersahabat bukan kerna harta,rupa atau darjat,tapi hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.


"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan,maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa."
Ya,semuanya hanya kerana IMAN.IMAN.IMAN.
saya cemburu melihat Asid dan Irfan,dua sahabat ini yang bersahabat kerana inginkan redha Allah.Takkan sesekali biarkan temannya itu jatuh ke neraka.Andai sekalipun,dia akan tarik bersama hingga ke syurga.
hebatkan persahabatan mereka?



Bagaimana dengan saya?Bagaimanan dengan kamu?
Saya..sangat rindukan sahabat yang inginkan redhaNya.
Saya sangat rindukan sahabat yang bisa menarik saya dan memimpin tangan saya bersama-sama hingga ke syurga.
Sehingga kini,saya masih belum temui.
ataupun..dia yang menantikan diri ini?



yang pasti,hingga kini saya masih mencari..dan menanti.
tanpa henti.

No comments: